03 September 2022

BILIK TAK BERPINTU


 
Buku-buku tidur lena di dalam bilik-bilik sempit
bersesak lama sekali. Seperti telah mati
kecuali sesekali menggeliat disapa. Ia tidak
terperanjat jika dikeluarkan untuk dibaringkan
di atas meja baca, diusap dan dibelek-belek.
 
Senyumnya tenggelam memandang
teman-teman yang diam. Debu-debu
bergantayangan di celah-celah bilik kecil dan
sempit. Entah sampai bila.
 
Mendengar deru angin kipas di siling atau
para pecinta yang lalu lalang. Sambil berharap
ada jemari persoalan yang tiba untuk
membuka pintu ilmu.
 
Di dalam bilik yang tidak berpintu itu membuka
dadanya agar menyentuhnya dengan cinta.