Berlumba-lumba
mengangkat amanah di hadapan bangsa. Berlumba-lumba menyirat makna di mata
asyik warga. Berlumba-lumba menyanggah menguji pekerti dan lantang bersuara.
Kadang-kadang
dalam radang tak bersudah menang. Benarnya benar kerana berada di tengah
selesa. Betulnya betul kerana kebetulan telah mengalir sebagai lazim kehidupan
Ingin
meranum wawasan semakin berkembang mahu dengan sengsara mencari bahagia warga
terus dipandu memacu tangkas. Kadang terus sahaja berlaga melagukan ayat-ayat
rakyat entah di mana hentinya tak kelihatan isyarat
Sedikit
berundur di belakang lebih geliga menyaksikan para hulubalang bersilat waham
dan faham sambil bertindih-tindih rahsia bersembunyi satu persatu diperagakan
tanpa bosan
Saksikanlah
zaman moden zaman edan tatkala semua berlumba-lumba berjuang menjuarai kemahuan
melupakan luka milik siapa.
KOTA KINABALU
07/01/2014