17 Ogos 2010

Selepas Hujan

awan hanya sunyi saat bumi dimuntahi wap yang dikembalikan sebagai hujan. kini lembah lemah, daun-daun dingin, segala mergastua berdoa sebagaimana manusia dengan kesibukan sendiri antara risau dan harapan. awan tak mungkin kutemui kecuali selepas sebuah subuh dan mentari menyihirkan surianya.


Pustaka Iqbal Nazim
Kota Kinabalu