03 September 2022

MENULIS BANGSA

 - kepada anak-anakku

Telah lebih setengah abad masih tiada keinsafan
masih terus memperjuangkan
berjuang setelah diabadikan dalam kitab
di bumi yang sama masih terus merinda percaya
di bumi nan merdeka masih mencari rentak senada.
 
Demi masa alangkah ruginya bangsa
dibina tak pernah ada hujung bahkan pangkalnya di mana
anak-anak bergenerasi tanpa jelas jati diri
anak-anak bernegara tanpa padu nilai jiwanya.
 
Satu berhujah sambil yang lain juga berhujah
satu persatu merasa terhujam kerana demikian haknya
satu persatu merasa tercabar kerana ada juga haknya
ini bukan negara orang, ini negara kita. Kita!
 
Bumi ini tunjangnya apa dan siapa?
Saat kanan dan kiri mendomba hilangnya akar kita
ketika sana dan sini membilang satu persatu sirna bangsa
apakah benar kita tiada upaya kerana tiada apa-apa?
Prasangka mendahului toleransi dari saling memiliki.
 
Bangsa kita apa?