03 September 2022
Harap Hilang Derap
Umai dan Inava Santapan Citra
Wujud Ada yang Lama Ada
memang jemari ini sentiasa melambaimu
dan menggengam erat seperti akrab rahsia jiwa
ia sentiasa sama seia bertamu
kau seka air mata untukku
rupamu ada di hati ketika mula melangkah
sungguh jauh ini bersungguh
untuk lebih ampuh rindu berlabuh
semakin wujud ada yang telah lama ada
menjadikan kita sempurna
lebih dari isi dan kuku
bersatu jasad dan jiwa bersama
inilah diksi yang kubawa
merinai makna agar tabah jua
dalam ada yang ada
dalam dakap yang akrab
Grand Margherita
Kuching
22 Mac 2011
Taman
Tak Berhenti Memilih
Luka-luka Purba
PESAN RINGKAS MARHAEN
Tali
gitar tak kan bergetar tanpa pemetiknya
tak
kan ada lagu tanpa nota irama
tak
kan ada keindahan tanpa kebijaksanan
penghayatnya.
Kau
irama yang diperkenalkan
dibimbing
oleh pemetik
dipandu
oleh gerak nota
yang
membijaksanakan.
Ketika
dunia diam
sekali
dipetik getar membelah
belum
tentu mampu membawa
aturan
yang dipandu salah.
Ketika
fikiran diam
ia
tidak segera bisu mengiyakan
menunggu
waktu benar-benar malam
lihatlah
siapa lebih menghargai
irama
tali gitar ini.
MAJAS LIDAH PAGI
- Warga Tarbiatun Nisa’
Cukup
dari pesona yang jatuh dari jauh tanpa
bau,
sama ada berlaku kebiasaan atau itu
hantaran
dari negeri yang sunyi, sebagai
ketukan
pintu-pintu alpa dan kelalaian.
Tak
mungkin berasa lebih tenteram dalam
balam
nyala yang membaham hingga ke dalam.
Mematakan
ragam sukma yang tak
bersemangat,
dalam cemas dalam sedak
gumam,
sebersit tampak dan sirna disalin
ketewasan
melawan kuasa.
Lidah
yang menjilat pagi
berjabat
salam ujian.
MENULIS BANGSA
- kepada anak-anakku
Telah
lebih setengah abad masih tiada keinsafan
masih
terus memperjuangkan
berjuang
setelah diabadikan dalam kitab
di
bumi yang sama masih terus merinda percaya
di
bumi nan merdeka masih mencari rentak senada.
Demi
masa alangkah ruginya bangsa
dibina
tak pernah ada hujung bahkan pangkalnya di mana
anak-anak
bergenerasi tanpa jelas jati diri
anak-anak
bernegara tanpa padu nilai jiwanya.
Satu
berhujah sambil yang lain juga berhujah
satu
persatu merasa terhujam kerana demikian haknya
satu
persatu merasa tercabar kerana ada juga haknya
ini
bukan negara orang, ini negara kita. Kita!
Bumi
ini tunjangnya apa dan siapa?
Saat
kanan dan kiri mendomba hilangnya akar kita
ketika
sana dan sini membilang satu persatu sirna bangsa
apakah
benar kita tiada upaya kerana tiada apa-apa?
Prasangka
mendahului toleransi dari saling memiliki.
Bangsa
kita apa?